I only trader part time. This blog finally becoming reference forex for me, may even you. It also become field copy paste any met in website other people. Do not be shy do not shy can contact I to trade mind. Any even come we joint with what which good..
Listen to Quran

Saturday, January 3, 2009

Sorotan 2008

Pejam celik pejam celik dah masuk 2009. Hari ini ada kesempatan utk update sikit blog nih, masa free ada banyak cuma dah kurang minat update. Sory kepada yg dah bagi respon, saya tak balas. Tahun nih pasang azam nak tinjau-tinjau sikt perkembangan blog saya nih, dulu berjanji pada diri sendiri nak update hari2. Cakap mudah nak apply payah.

Tahun lepas mungkin tahun menimba pengalaman dalam ilmu forex. Berapa untun? Tadak untun lasun, yg dpt hanya pengalaman rugi, Berapa rugi? lebih dari 4 angka. Kata orang tahun pertama pengajian kita baru dpt sijil. 3 tahun baru dpt Diploma. Tak kisah rugi yg penting kita dpt ilmu.

Apa-apa pun 2009 ini ditempuh dgn ilmu penuh didada. Ilmu forex yg dpt tanpa guru. Saya banyak belajar sendiri melalui forum-forum forex spt TSD-Forex. Anda nak belajar dr saya? Sangat2 digalakkan. Dulu tak berani sebab ilmu forex ciput. Sekarang bolehlah sikit2 ajar ilmu asas. Dan yg paling penting ilmu jangan rugi banyak tapi untun lebih.

Sejarah peribadi saya terlibat dalam online atau internet agak panjang. Bermula dgn dail up sehingga zaman broadband wireless kini. Saya membangunkan blog ini pun pada asalnya kerana mempunyai gmail yang disediakan oleh Google. Pada mulanya Google adalah salah satu engine pencari. Kemudian ia berkembang memberikan email yg mempunyai storage 1GB yg pertama kali ditawarkan pada ketika itu. Sehinggalah istilah blog menjadi popular, dulu hanya istilah laman web html saja orang tahu.
Ia berkembang pantas seiring dgn adsense yg memberikan pendapatan tambahan. Saya juga terpanggil utk mencari pendapatan tambahan melalui adsense ini. Tapi malangnya adsense website saya didapati melanggar syarat. Ekoran dr itu nama saya telah disenarai hitam oleh adsense. Ketika itu wang terkumpul telah hampir utk pembayaran cek yg pertama. Itu pasal yg bengang dgn adsense.
Kemudian timbul member rapat yg telah mula mencari pendapatan melalui forex trading yg dikenali dengan Marketiva selepas zaman autosurf musnah. Pada masa itu saya tak berminat lagi, mungkin sebab pening tengok graf dan istilah yg pelik. 2 tahun kemudian barulah saya betul-betul serius dalam forex trading. Kini dah 2 tahun mempelajari dan mendalami bidang forex. Membangunkan blog ini adalah utk rujukan cepat utk saya jika berada di luar rumah. Ia juga menjadi medan copy paste apa-apa yg terjumpa dalam website orang lain.
Sudah berapa kali template blog ini bertukar warna dan corak, akhirnya saya memilih yg paling simple tanpa grafik supaya cepat akses. lagipun buat apa cangih2 yg lebih penting bahan banyak berguna. Lagi pun saya dah ada domain sendiri layar.net

Memperkecil kerugian dan memperbesar keuntungan

  • Mulailah belajar Analisis baik teknikal maupun fundamental sedikit demi sedikit.
  • Rajin-rajinlah mengunjungi site-site untuk bahan pertimbangan anda sebelum memulai trading.
  • Kalau anda belum paham betul tentang Forex berlanggananlah signal forex karena itu sangat membantu dalam hal pembelajaran tentang analisis.
  • Banyak bertanya kepada orang yang telah berpengalaman di dunia forex khususnya di forex online trading.
  • Gunakan modal anda sedikit demi sedikit dalam melakukan trading, jangan terburu nafsu ingin untung besar jika anda masih dalam tahap belajar.
  • Sabar dan teliti dalam bertrading.
Bukan mudah !! walaupun hanya ada 3 jalan pasal forex nihhh.... dia naik dia turun dia sideway. Semoga 2009 akan ada pip hijau yg melimpah. Good luck Happy trading

0 Comments: