I only trader part time. This blog finally becoming reference forex for me, may even you. It also become field copy paste any met in website other people. Do not be shy do not shy can contact I to trade mind. Any even come we joint with what which good..
Listen to Quran

Saturday, January 31, 2009

30 jan



Nyawa ikan dah acc nih. Mencuba TF besar telah makan diri. Ia memerlukan lebih banyak percubaan, kebetulan market hari ini laju semacam. Indicator 4H jd tak boleh swing beratus pip. Dia sideway saja, Mungkin silap saya tak pantau lebih kerap seperti jaga TF5. Dia suka kena SL wpun kita letak 100pip jaraknya, sedangkan TP tak kena. Lagi molek kita bubuh TS dr SL. Sebab nak tingal lama. Minggu depan terpaksa merangkak semula. Setakat dok main forex nih tak pernah lagi terbang ke udara, masih berlegar2 di landasan. Baru nak naik jatuh semula. Bila dok berdepan dgn graf live yg naik turun dgn laju otak jd pening. ;(( Rumusan yg boleh dibuat sebelah pagi lebih selamat dr sebelah petang dan malam. Ini ekoran news banyak menganggu analisis teknikal. Oleh itu sebelum news adalah selamat close semua post, tunggu news keluar baru buat analisis.

Friday, January 30, 2009

Djangka Arah GU

Sell dulu target TP 1.4060 Alasannya sebeb dia naik tak lepas trandline 4H. Pastu lagi cci baru lepas garis 100 bawah.

Thursday, January 29, 2009

Ilmu Serkap (jerat)


Cara mudah utk pending oder. Minggu depan berhajat nak cuba PO. Teknik ini sangat bagus utk sesiapa yg sibuk dgn kerja rutin seharian. Ia juga bagus utk menggelakkan emosi melihat graf naik turun.
Pagi2 tengok price open kat mana. Pasang PO siap siap bubuh TP dan SL. Biarkan dia, tenghari lihat hasil. Jika tak kena PO kita delete buang. Jika terkena SL adalah lumrah. Dgn indicator ini ia dpt memudahkan kita buat order. Bentuknya pun macam serkap ikan kat sawah padi. Dpt ikan ker? Atau dpt ular air ? Kita tengok hasilnya minggu depan macamana ;))

Jangkaan arah GU





28 jan

Rugi memanjang. Makin nego makin mapus, cucuk kanan kena kiri, tikam atas turun bawah. Bila dah begini jd molek sangat berenti tutop pc pi ke mana mana. Pd masa itu kita dah buat analisis dgn emosi. Itulah panggilan cik marginah dah makin dekat. Jika silap sekali dua lagi maka bungkus. Trading forex memang betul2 berisiko.
Bila modal dah ciput tapi masih nak main besar maka makin besar kita bermain risiko, janji awal tak ikut. Lepas nis nak main TF1H pula. Bila market menjadi trend swing begitu jauh sistem curi menjadi bahaya. Main tf besar, rasanya molek lot kecik tapi ambik besar, baru berbaloi. Ada jumpa artikel menarik tadi 'Soros closes sterling shorts' di Ft.com Itu pasal kut dia naik tinggi. Mamat ni pernah mendpt 1billion sell poun ;))

Wednesday, January 28, 2009

Download mp2009

Ada sahabat bagi sistem ini, napak ok. Sebab nak masuk kita kena betul betul tunggu indi indi kata ok baru masuk post, jika tak sila tanggung sendiri. Sistem ini saya nak cuba kat acc yg satu lagi. Target 20pip bubuh lot besar2, biar berbaloi tuggu lama lama TF30. Kata pendapat orang tuh masuk jarang jarang tapi untun sama dgn nego dok depe pc 24jam tapi lot kecik kecik. Lu punya target lu pikir la sendiri. Kalu rasa berkenan sila ambik kat link ini siap dgn penerangan lengkap cara bekerja.

Tuesday, January 27, 2009

27 jan


Nak kata apa pun tak tahu, semua rugi teruk, dgn kata lain balik modal cokoh kalu kita close semua post. Semua urusan pagi rugi padahal masa awal2 untun tapi tak ambik yg dpt rugi pula. Kalau kita dok depen pc mungkin lain. Pasang oder tingal gi cat kereta proton lama.
Memang hari ini line internet selalu putus putus tapi masih nak nego. Tambah lagi gara gara news kul 11 malam, Ada satu yg dpt dilihat data server lambat update di graf, tapi data masa new order betul. Jadi kita lihat graf dan indi di pflatpom lewat sedangkan harga dah berubah.
Ini semua risiko berurusan semasa news keluar, memang semasa itu saya tamak sebab buat 4 post sell sebab semua pair eu, uj dan gj turun mendadak. tapi gu turun sikit saja jadi ambik kesempatan sell awal mungkin dia ikut pair lain. malang sekali gu tak ikut turun tapi dia naik tinggi lepas itu, akibatnya PO buy terkena. Tak tahulah macamana nak pelepas floting yg parah ini. Napaknya minggu ini tak boleh nak nego lagi, yg buleh hanya mengurangkan rugi saja. Sudah nasib badan selagi belum dpt membuang tabiat lama.
Keputusan yg dibuat ialah biarkan heging di situ jangan usik dulu. Kita nego dgn margin yg ada macam biasa. buat buat tak napak post rugi tuh. Satu lagi sistem ini tak sesuai bila market terlalu laju sebab signal jadi tak betul. Juga kena ingat flatpom kita ada connetion dgn server ke tak, niss dok kelih graf palsu. Caranya buka broker lain sebagai backup. Jangan taksub sangat dgn time frame. sebab dia banyak bergantung dgn MM kita. Lepas nih kena pikir semula kaedah dgn strategi yg ada.

26 jan


Panjang senarai trading hari ini kes cuti raya cina. Tak muat screen nak copy. Walaupun untun tapi tidak maksima. Ini kerana gangguan kecil hari ini disebabkan makan gulai tengahari di KB dgn tahlil pula sebelah malam jiran sekampung. Walaupun begitu masih besar keuntungannya jika dibandingkan dgn modal. Bila menggunakan teknik depen dpt mengurang stress sebagai seorang trader. Yang tak sedapnya nak amal biarkan untun lama-lama tapi tak menjadi, sedangkan jika biarkan rugi ia menjadi semakin bertambah. Napaknya lepas ni jika boleh jangan ubah2 SL untun. Boleh ke gitu, atau pun peridop trailing stop jauh jauh. Al-hamdulillah

Saturday, January 24, 2009

Traders Dynamic Index


This hybrid indicator is developed to assist traders in their ability to decipher and monitor market conditions related to trend direction, market strength, and market volatility.

Even though comprehensive, the T.D.I. is easy to read and use.

Green line = RSI Price line
Red line = Trade Signal line
Blue lines = Volatility Band
Yellow line = Market Base Line

Trend Direction - Immediate and Overall
Immediate = Green over Red...price action is moving up.
Red over Green...price action is moving down.

Overall = Yellow line trends up and down generally between the lines 32 & 68. Watch for Yellow line to bounces off these lines for market reversal. Trade long when price is above the Yellow line, and trade short when price is below.

Market Strength & Volatility - Immediate and Overall
Immediate = Green Line - Strong = Steep slope up or down.
Weak = Moderate to Flat slope.

Overall = Blue Lines - When expanding, market is strong and trending. When constricting, market is weak and in a range. When the Blue lines are extremely tight in a narrow range, expect an economic announcement or other market condition to spike the market.

Entry conditions
Scalping - Long = Green over Red, Short = Red over Green
Active - Long = Green over Red & Yellow lines
Short = Red over Green & Yellow lines
Moderate - Long = Green over Red, Yellow, & 50 lines
Short= Red over Green, Green below Yellow & 50 line

Exit conditions*
Long = Green crosses below Red
Short = Green crosses above Red
* If Green crosses either Blue lines, consider exiting when when the Green line crosses back over the Blue line.

IMPORTANT: The default settings are well tested and proven. But, you can change the settings to fit your trading style.
Download

Pecah Bakul

Strategi memecahkan modal adalah bagus utk sesiapa yg tidak mampu utk mengawal emosi bila untun besar atau rugi banyak, tidaklah semua modal hangus. Sekurang-kurangnya jika 1 bakul dah hancur ada lagi bakul bakul yg lain. Contoh jika ada modal 1000, kita pecahkan jd 500 1 bakul ikut selera masing masing, kalu dok pun bubuh 100 satu bakul oleh itu kita ada 10 bakul. Saya suka memulakan dgn modal 30us pada masa ini utk satu bakul. Dulu suka memulakan dgn modal 100us. Setelah lama memorek rupa rupanya bukan masalah modal bermula, tapi money managerment yg lebih penting Oleh kerana itu saya juga ada beberapa acc lain. Mari kita lihat apa yg ada dlm bakul tuh. ;))
Ini acc pertama saya semasa nak belajar forex dulu dulu. Tapi masih lagi aktif, Tapi pemantauan yg kurang sbb modal yg terlalu kecil kat sini, tinggal saki baki saja. Marketiva sangat bagus MM dia. Susah nak MC sbb jika rugi teruk dia tolong close mana-mana yg patut. Cuba lihat post rugi yg tahun lepas masih ada kat situ. 2400pip pair GJ merah menyala. Itu pasal sbb yg untun cepat-cepat close. Yang rugi rilek saja. Sebab rilek, sebab kuantiti hanya 1.

Ini pula acc utama saya. Acc utk trade jarang jarang. Target jika trade, masuk post lot yg besar. Acc inilah untuk sasaran menjadi jutawan. Tapi acc ini lah yg selalu MC, huhuuuuu. 2 Hari lepas suntik lagi modal 20. Menggunakan kaedah yg sama utk acc yg ketiga, sekarang dah 2 kali lipat. Buleh tahan kira teknik nih.

Yang ini pula acc yg keempat. Acc khusus utk main swing. Tapi yg dpt hanya floting memanjang. Ia tidak akan sesekali close. Biarkan di situ. Jika umur dia panjang boleh lepas kut.

Acc yg ketiga, itu yg selalu saya post diblog bermula tahun 2009. Dan akan dipost jika setiap hari trade. Itu ialah azam 2009. Semua trek rekod utk acc ketiga akan dipaparkan kepada umum. Biarnya raso.

24 jan

Jika tidak kerana tertidur mungkin banyak lagi untun. Kesilapannya, lepas Jumaat saya pasang depen Pending Oder lot buy. PO dah sentuh hidop, tuan tertidur depan TV. Post yg rugi tadi dah siap2 bubuh TP. Market kemudian turun banyak, lebih kurang 300pip. Floting sell yg semalam lebih kurang 113pip. Jd ada lebih 200pip floting buy pula. Nak buang floting sell sekarang dah jd floting buy pula. Tapi nasib saya baik market melonjak semula ke atas menyapu bersih semua floting. So minggu depan kita bermula dgn bersih tanpa ada 1 post pun.
Sepatutnya jika kita nak tinggal lama PC, TP atau SL tak boleh bubuh. Semua ini kena manual. Sebab kita dpt memaksimum untun dan mengecilkan rugi. Maka ini antara kelemahan depen PO. Selagi kita tak delete dia terus aktif. So jika post dah untun maka kita cepat2 bubuh SL untun kemudian delete PO.
Bagaimana nak close post heging? Teknik ini mengatakan semua post heging adalah post yg rugi sebenarnya. Cuma yg kita nak buat ialah mengurangkan kerugian itu. Adakalanya post rugi bertukar menjadi post yg untun pula. Jika dia dah menyentuh PO maka kita tunggu saja dinamiktrade bersilang atau Psar yg baru keluar. Pada masa itu ialah sesuai kita lepaskan post yg untun tadi cuma tinggalkan post rugi. Jangan lupa depen PO jika dia kidah semula. Begitulah sehingga selesai. Sementara menunggu post heging close kita boleh buka lagi 1 post lain utk trade macam biasa. Jika ada peluang kita selesaikan kes post heging tadi. Jika malas pikir biar dia disitu sehingga mood kita dpt detek peluang utk pelepas post yg sakit. Mungkin lusa mungkin tulat. Dimana jarak kita nak bubuh PO? 20pip 30pip... Cara terbaik pd pandangan saya bergantung garis fibo. Kita tolak 3pip atau 5pip utk spread. Sebolehnya elakkan drp post kita terkena PO, sebab PO itu sama dgn SL bg teknik ini.

Thursday, January 22, 2009

Kesabaran Kunci Utama

Teknik curi-curi atau scaping saya ini perlu dibaiki dgn kaedah sabar, caranya ialah kita menunggu peluang mengikut Tf besar, Jika tf besar mengatakan sell maka kita tunggu peluang sell saja. Jangan sesekali mengambil peluang buy. Walaupun teknik ini memakan masa tapi dgn lot yg lebih besar maka kita akan dpt mengurangkan post-post yg bahaya. Itu saja yg dpt dibuat rumusan utk trading saya hari ini. Kelemahan saya paling ketara ialah tidak sabar dgn membuat rumusan yg tergesa-gesa. Padahal masa itu ialah masa US open. Sememangnya menunggu utk melihat post kita untun betul betul menguji emosi. Selepas ini nak try bubuh pending order utk ganti SL. Sebab dia suka sangat sentuh SL jika kita bubuh awal2. Dengan itu kita tidak gusar utk pergi jauh-jauh dr PC. Jika silap perhitungan maka dia akan jadi heging. Tidaklah dia akan jd post yg rugi lagi, jika pandai urus heging maka peluang utk mengurangkan sepatut rugi jadi taklah rugi banyak.

21 jan

Hari ini ubah strategi kpd lot yg lebih mencabar. Memang betul2 mencabar emosi krn modal kita ciput, tapi berbaloi. Kalu modal kita 1k memang kacang. Sebab masa itu kita rilek dgn pergerakkan yg laju sperti malam tadi, pasal modal kita besar. Apa2 pun esok nak cuba lagi. Jika rasa2 tak konfiden maka bubuh 1sen jika rasa beres kita bubuh 5sen.

Wednesday, January 21, 2009

Sistem Auroforex

Sistem ini dibuat oleh mat indo. Napak ok. Rasa rasa nak gabong dgn sistem yg sedia ada, lagi power kut. Suka tengok dia punya indi snakeborder. Pagar merah sell kuat pagar biru buy kuat. Sistem ini juga ada siap2 TP1 dan TP2. Senang nak buat target. Mengikut tuan asal dia ambik 10- 15pip tiap kali trade. Kalu nak ikutkan yg sebenarnya hanya displin dan kesabaran juga kunci utama,

Tuesday, January 20, 2009

20 jan



Angkara emosi dan kesilapan teknikal hari ini sungguh malang sekali. Semua ini akibat tabiat lama yg belum dpt diatasi. Tabiat suka simpan rugi. Untung cepat2 close tapi rugi rela mati biarkan di situ. Pada pukul 1tgh tadi dana masih kukuh utk menempuh rintangan penurunan besar2an GU. Akibat robot traling tersilap setting maka semua floting yg disimpan semalam close. Tak sempat nak buat apa apa sebab jarak pip hanya 5 pergerakan. Market pula laju. Semua post clear. Geram dek rugi parok terus bubuh post besar2, lagi teruk keno, "aku hanya insan yang lemah" Tidur terus hingga ke 6petang. Frust menunging sbb hasil penat lelah habis gitu jah. Tapi apa apa pun dpt pengalaman yg boleh dibuat pengajaran. Senang cakap padan muka aku. Nak kaya cepat kononnya. Sebelah malam buat renungan nak post biar besar tapi TP kecil. Jika nak dibandingkan post kecik tapi berusaha nak pip lebih. Mana lebih baik? cuba fikir. Satu lagi yg dpt sistem ini dah 90% berjaya. Cuma nak sabar jer lebih. Boleh ke aku nih bersabar menunggu,... :((

Monday, January 19, 2009

19 jan


Oleh kerana sistem ini dah membuat saya jd lalai maka timbul satu perasaan nak buat jd sistem lawan arus, tok tahu bakpo tiba tiba nok lawan arus. Jadi toksir nok ikut arus. Sepatutnya close saja 1 post rugi awal awal lagi. Selepas itu ikut jer membabi buta indicator, loni jd nok suruh market ikut kita bukan kita ikut market, jemmm molek. Lepas nih tobat doh. Ujian emosi belum lepas malah tambah teruk.

Fikirlah


Macam mana aku nak 'profit' nih?
Macam mana aku asyik kena Stop Loss saja nih?
Macam mana diaorang boleh 'pip' ratus-ratus sehari nih?
Macam mana aku nak konsisten 'profit' nih?
Macam mana nak 'trade', kalau sibuk memanjang dengan kerja nih?
Ehh...Time Frame mana aku nak guna nih?, Kalau guna H4 macam OK jugak, ehh..guna M15 lah, ehh..entahlaaa...nanti tanya sapa-sapa yang tahu.
Waktu bila market aktif sikit, bolehlah aku 'profit' banyak sikit.
Buku apa aku nak baca lagi nih?
Macam mana aku nak fahamkan ebook nih, semuanya dalam Bahasa Inggeris, susah aku macam nih!

Rasanya itulah antara yang difikirkan oleh rata-rata 'trader' yang masih lagi baru berkecimpung atau memang dah agak lama berada dalam dunia ' FX Trading' ini. Sebenarnya, itulah antara perkara-perkara yang sentiasa berlegar-legar dalam kepala saya. Dan alhamdulillah, di antara perkara-perkara di atas, sudah menemui penyelesaiannya.

Semua ini boleh ditemui dengan pengalaman semasa, tidak mudah putus asa dengan halangan yang merintangi sepanjang usaha kita sebagai 'trader', membaca pelbagai bahan ilmiah, rajin bertanya ( skil pun kena mahu ada ),berkorban masa dan tenaga, sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa, sentiasa membuat revisi, analisa segala kesilapan dan kelemahan, dan antaranya yang dirasakan perlu ialah kesedaran dari dalam diri sendiri untuk berubah.

Semua orang sukakan kejayaan tetapi sejauh mana orang yang sanggup menjejaki langkah-langkah yang pernah dilalui oleh mereka yang telah berjaya menempatkan diri mereka di tahap yang mereka impikan. Kita hanya pandai bermain dengan pelbagai ALASAN tetapi INGIN SUKSES! Ada sedikit halangan atau kepayahan untuk mendapatkan sesuatu, kebanyakannya akan mengeluh dan mula mencari 'jalan pintas' untuk mendapatkan sesuatu yang mereka impikan. Oleh itu, jangan pertikaikan KUALITI ilmu atau apa sahaja yang diperolehi dengan 'jalan pintas' berbanding dengan mereka yang berusaha gigih dari bawah.

Buat ingatan untuk diri sendiri juga, agar jangan jemu untuk terus belajar dan fokus pada sesuatu yang kita lakukan. Insyallah semua persoalan di atas akan kita dapat temui RAHSIA penyelesaiannya. Kadang-kadang semua jawapan sudah ada di depan mata, tetapi kita tidak nampak atau mengabaikannya.

* masih mencari jawapannya?...BACK TO BASIC!!!

Saturday, January 17, 2009

PAS rampas KT

Parti PAS menang bergaya kerana berjaya menaikkan majoriti yg lebih banyak berbanding dgn pengundian yg lepas2. Pastu lepas nih riuh laaa pakat dok ulas bakpo kaloh dgn teruk. hok kawe napok tanda2 peringatan kpd pihak BN sendiri pikir laaa.
'jumlah ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertambah menjadi 83 kerusi, sementara jumlah ahli Parlimen BN merosot kepada 137 orang apabila dua ahli Parlimen SAPP turut meninggalkan BN baru-baru ini'

Kunci

Consistancy

Patience

Discipline

Focus

Dok tunggu graf yg tidak bergerak krn cuti maka macam biasa belek forum mencari2 apa yg patut utk membaiki lagi sistem psar yg lepas nih nak bubuh nama 'sedutpitih'. Kerana indi psar dah jadi nom 2. Lihat gambar yg tanda bulat, itu antara kelemahan psar. sekejap atas tiba2 ke bawah, maka kita pening sbb belum lepas tambang masuk. Hari nih tambah lagi indi nama ACStrend dan Traderdinamik serta garis Fibo
Caranya tunggu psar bui jalan dulu. Keluar tanda anak panah, garis merah dah keluar, traderdinamik dah bersilang. Bila dah semua kompom baru post. Klik TP20 biarkan dia. Benda ini jadi ke tak jadi kita tunggu hari isnin. Dah sabar rasanya nak test. Tengok pd yg lepas napak ok, tapi run live dia mungkin tak sama,
Dua post yg terlast oleh kerana nak pelepas post heging sempat curi2 3post sell. So mingu depan semua post kosong bersih. Dengan permulaan modal 30 dah jadi 40 dlm masa 1 minggu kira tersangat ok. Prestasi ni boleh kekal ke.. mintak2 ler gitu,

16 jan 2009



Semua post yg diletak Sl telah mengena. Mungkin silap letak Sl dekat sangat kerana lepas itu dia naik ratus pip lagi. Tadak rezeki lebih. Malam terakhir minggu ini cuba utk memperbanyakkan lagi pair2 yg spreadnya rendah utk sistem psar. Ucad Uj dan Eu. Mula-mula dah kelam kabut bila dah banyak kena perhati. Tingal satu post eu belum close saya heging lot sama besar. Biarkan dia. Tunggu bila dia kidas kita close 1post yg untun kemudian kurangkan kerugian yg 1post lagi. Teknik bahaya jika silap perhitungan.

Friday, January 16, 2009

16 jan

Jumaat pepagi tengok saja apa telah dipost semalam. Semua post dah menghijau kecuali yg post pada 12hb. Emosi seronok mula timbul, dek takut nyor kidah balik saya bubuh SL.

Thursday, January 15, 2009

15 jan


Rugi banyak dr untun, emosi terganggu dek turun naik dgn laju. Masih terdpt post yg belum ditutop ekoran news pukul 11. Hari ini cuba ubah sikit template dgn memasukkan beberapa indi baru. Strategi yg digunakan ari niss ialah melawan arus. Teknik ni molek jika malas pikir panjang2 masuk jer ikut gerak hati, tapi perlu margin yg betul2 banyak baru berjaya, dgn kata lain makin turun makin buy.

Sistem Psar

Malam ni sambil menunggu TP tercapai sempat membelek2 forum TSD. Jumpa sistem psar ini, sekrang tengah run dalam demo acc. Kalau ok nak cuba pindah pi ke live trade pula

Wednesday, January 14, 2009

14 Jan 2009


Hari ini dpt menyelesaikan beberapa post yg floting semalam. Tapi masih terdpt 2 post yg teratas sekali belum close. Pada masa itu saya masih berkesempatan utk close all post samada rugi atau untun dgn kata lain tolak rugi masih lagi untun 1us. Memandangkan margin masih tinggi saya buat keputusan biarkan saja dahulu. Esok masih ada

Tuesday, January 13, 2009

13 Jan 2009



Setelah dpt MC mingu lepas semalam suntik lagi dana 30us. Hari ini trade tidak lumayan malah masih ada post yg tak dpt close lagi. Lemah sunguh GBP tak leh lawan USD. Mungkin esok dpt wat rumusan.

Israel Kejam


Melihat kekejaman Yahudi kepada rakyat Palestin meruntuh jiwa.

Saturday, January 10, 2009

Malam News

Tak seperti dulu, kesan tak kuat dah.

9:30pm USD
Non-Farm Employment Change
-524K
-520K
-584K

Friday, January 9, 2009

MC = Cuti


Hari ini cuti trade. Dah abih modal dlm acc, bukan tadak dana nak topup tapi sebagai pengajaran pada diri sendiri. Tambahan pula sibuk pi tengok boss keno potong jari kaki di HUSM. Sampai rumah kul 11mlm. Ada masa tidur lebih sedap dr benda2 lain. Jika dilihat pd zoom 5hari dpt rumusan dia naik mengejut pd tengahmalam dan awal pagi. Lihat tanda bulatan. Ini baru minggu permulaan utk tahun 2009. Minggu depan tak tahulah., kena peka dgn news semasa; harga minyak,kata2 presiden USA, dll. Nasihat ore pandai kita tok ikut lasun. Minggu ini tak pernah pun tengok jadual ekonomi kat web. Trade ikut analisis graf sahaja.

Thursday, January 8, 2009

Tamat Setakat Nih


Sungguh sedih, begitulah kejamnya trading forex. Semua post untun memanjang, tapi dgn hanya 4 post saja yg rugi dah dpt panggilan cik marginah. Semua angkara rela 'gua rela mati' tak nak cutt loss dr awal2. Modal pd asal hanya 4us lebih. Rugi 4 post lebih 7us maka dpt kad merah keluar. Semua ini berlaku dlm masa beberapa minit saja tak sempat otak nak buat rumusan dgn baik. Bila melihat balik history lepas dpt buat kira-kira bahwa teknik curi-curi hampir berjaya. Kena baiki sikit petua jangan trade pd pukul 11mm ke atas. Lepas nih kena pikir macamana nak lepas jerat spike.

Wednesday, January 7, 2009

Angkara Tamak Haloba

Bukan tak tahu tapi tahu, emosi punya pukulan. Dah untun banyak tapi masih nak gatal tangan. Badan dah letih tapi selepas update blog, kelih punya kelih tangan secara automatik terus masuk 1post. Buka lot 5sen. Rugi, tengok indi kata dah over buy. Tambah 1 lagi post 5sen sell lagi.... naik lagi sell lagi 2sen. Diulik oleh kenaikan perlahan2. Tambah punya tambah dah tak sedar free margin jd negetif. Takleh nak buat apo terus bubuh SL. Tidur terus. Esok paginya dpt baki 4us saja. Semua kena SL. Harga naik dr garis SL hingga 100pip lebih ke atas. Patutlaaa.... 500pip dia naik terus menerus munkin sbb news krisis gas di eropah. insaf sikit. Terus masuk 1 sell buat SL 20pip. Pukul 930pagi masih tak kena SL tapi untun 15pip. Kunci SL 2pip untun, Pukul 11pagi dia ambik 2pip itu saja.. tapi menjunam 30pip bawah. Iskkk,,,, dispin MM tak lulus. Lepas nih balik asal 1sen setiap 1post. Post bermula di 1.4713 ini kerana indi stoch dgn rsi dah tinggi. Dari TF1 hingga TF30. Apayg jd kelemahan di situ ialah kita lawan arus... so bila dah rugi banyak sepatutnya kita cutt loss ajer... dah jd tabiat lama suka simpan post rugi. Diplin kata jangan lebih2 post. Ini dah lebih 10post dan semua merah menyala. Mengharapkan market u-turn memerlukan margin yg tinggi. Pada masa itu ekuity dah jd 12us tapi masih tak cutt loss. Tawakal bubuh Sl hasil balik 4us utk tambang bas

Capture History MT4


Dulu guna MT4 utk sava picture. Caranya klik menu File kemudian ambik Save As Picture. Ada 3 pilihan save. Tapi masalahnya dia save semua yg nampak. Kita nak save history saja. Saya guna google search cari screen capture. Ada beribu2 software tapi oleh kerana kerja kita hanya simple ambik saja yg dok teratas ranking tapi freeware, so jumpa http://linos-software.com/capture.html tak kisah pun jd kerja mudah nak upload history.

Tuesday, January 6, 2009

6 jan

Hari ini Selasa adalah hari yg paling lumayan. Sementara menunggu pukul 5 ptg kena ambik mem balik kerja sempat ambik untun lebih dr 5us. Boss dah di hantar ke HUSM. Esok rasa2 nak pi melawat kat sana. Hari saya cuba membesarkan sikit lot masuk 5sen. Tapi emosi takut agak tinggi utk melihat dia mencecah TP. So saya terus close post takut..... awal malam tak sempat nak post lebih sbb pi rumah mertua makam kat sana, balik2 rumah masuk post terus tertidur atas kerusi, tapi ok laaa untun juga, oleh krn displin kata jangan tamak so saya stop trading terus update blog.

5 jan 09

Lambat sikit post, dah masuk hari lain. Buzy sikit hari itu krn boss saya masuk wad, ditahan doktor kerana bacaan kencing manis terlalu tinggi, habis meter. Last masa pergi waktu lawatan petang turun sikit jd 19. Jari kaki yg tengah dah mati akibat kudis yg tak sembuh. Dan puas seken boss nasihat agar berpantang tapi degil. Inilah akibatnya, wlp makan ubat tak berhenti2. Esok jd jangka ke HUSM utk rawatan lanjut.