I only trader part time. This blog finally becoming reference forex for me, may even you. It also become field copy paste any met in website other people. Do not be shy do not shy can contact I to trade mind. Any even come we joint with what which good..
Listen to Quran

Sunday, October 18, 2009

TIPS PENTING SEBAGAI TRADER FOREX

Tip ini bukan untuk 1 hari = tapi mungkin untuk selama-lamanya. Anda langgar petua dari tip ini maka anda mencari nahas.

1. Guna 10-20% sahaja dari margin/modal untuk trading dalam satu-satu masa. (lagi sedikit anda lagi selamat)

2. Tentukan risiko kerugian dengan meletakkan Stoploss bagi setiap posisi yang kita buka.

3. Tetapkan sasaran dan elakkan sikap terlalu optimistic/greddy. Ambil profit apabila sasaran mengena(disiplin)
atau sekurang-kurangnya alihkan stoploss pada kedudukan in-profit(trailing stop).

4. Jika anda ragu-ragu jangan masuk market. Ada kalanya tidak berbuat apa-apa adalah jalan yang terbaik. Sila ambil masa untuk membuat keputusan. (ramai trader kalah bab "kesabaran menunggu peluang")

5. Trading berdasarkan apa yang anda lihat bukan apa yang anda fikir. (sila tentukan TimeFrame anda).

6. Jika gaya trading anda lebih kepada jangka pendek, tutup sebarang open trade sejurus sebelum berita ekonomi utama (news/market event).

7. Seelok-eloknya ambil satu atau dua pasang matawang dahulu untuk anda kuasai.
Saya suka pilih GBP/USD kerana pergerakannya hampir 100 pips setiap hari.

8. Jangan lupa tutup trading pada lewat hari Jumaat.Seeloknya jangan ada open trade pada hari cuti forex kecuali anda dalam post untung yang sudah Stoploss Profit. Pengalaman saya hari Isnin dan Jumaat pergerakkan market lebih kepada sideway.

9. Forex can make you win fast but it also can make you loss faster!
Sentiasa belajar,sabar dan berdisiplin dalam Forex.

TEKNIK + SABAR + DISIPLIN = KEJAYAAN

90 Ke 95% Trader Forex Selalunya Gagal.

Sasaran anda adalah untuk berada dalam kelompok 5% tu
dengan memastikan kadar keuntungan anda lebih banyak dari kadar kerugian.