I only trader part time. This blog finally becoming reference forex for me, may even you. It also become field copy paste any met in website other people. Do not be shy do not shy can contact I to trade mind. Any even come we joint with what which good..
Listen to Quran

Sunday, January 4, 2009

Ilmu forexKu

Mencari ilmu tentang forex di internet bukanlah sukar. Ia terlalu banyak. Tapi dalam bahasa Melayu agak terhad. Makin dibaca makin pening dgn istilah2 baru. Tapi menghuraikan dengan detail sikit. yg lebih banyak ilmu asas forex. Walaupun asas, ia adalah langkah pertama kita untuk memahami dengan lebih mendalam. Tanpa ilmu asas maka payah untuk memahami aras yg lebih tinggi.
Walaupun ilmu forex dah banyak, mengetahui beratus-ratus indicator, macam-macam sistem bukan jaminan keuntungan berterusan tanpa disiplin yg tinggi. Yang saya pasti ialah pengalaman trading online itulah yg mendewasakan selok belok menjadi seorang trader yg berjaya. Apa yg aku tulis nih?? iskkk
"macam mana hendak berjaya dalam forex"? kalau membincangkan tentang kejayaan mestilah berusaha dengan ilmu sebaik mungkin. Bagi pengalaman aku hanya mengariskan beberapa kriteria :

1-Pengurusan kewangan atau MM. Senang cakap tengok kantong anda. Lagi kecik post lagi selamat. Contoh; kantong ada 1ribu tapi masuk post dgn 1sen saja.

2-Kawal emosi dan berdisplin untuk enter post. Benda emosi berubah bila kita mengadap PC berjam-jam,berminit-minit. Awas

3-Terokalah ilmu melalui pengalaman2 orang lain. Cari sifu atau rakan trader

4-Tentukan target kita mengikut kadar modal kita. Agak mustahil kalau modal kita USD1k dpt untung USD1b sekelip mata.

5-Jangan tamak. Saya selalu kalah bab nihh... kantoi. Benda nih berlaku tanpa kawalan otak. Ia tak sengaja.

6-Banyak rilek dan tenang saja untuk memasuki pasaran. Benda nih banyak dibantu dgn post yg kecik2. Lagi kecil post lagi rilek.

8-Sabar kalau kita analisis mengikut trend tetapi melihat merah ratusan..tunggu sampai masa dia akan kembali ke target kita jua…cuma ia memerlukan masa samada seminggu atau sebulan. Senang lagi kito potong terus. Buka post baru.

9-Kita berniaga mengikut target bukan mengikut nafsu untuk tergesa2 terus mendapat untung.

10-Jangan mudah membuat andaian itu dan ini..forex banyak faktor2 luar atau banyak faktor luar yang mempengaruhinya seperti spekulasi,khabar angin dan sebagainya.Ini perlu kepada ilmu untuk kita dalami.

11-Akui apa-apa kelemahan kita-Sekiranya ada dan sentiasa memperbaikinya dengan pengetahuan.

12-Mencuba dulu dengan virtual sehingga rasa puashati sebelum melangkah ke gelanggang live. kalau ada duit lebih buka acc mikro, sebab acc demo tak sama acc live.

13-Stop loss juga diperlukan untuk mengawal kerugian luar jangkaan. SL nih benda yg senang nak kena. Tengok pair anda. SL setiap pair tak sama. Tengok situasi dan saat ketika. Ini terhasil melalui pengalaman anda.

14-Fahami dalam konsep FOREX adalah "mengurangi kerugian bukan hanya terus untung saja".

Ini secara kasar mengikut pengalaman aku lah..setiap orang ada pengalaman yang berbeza.

0 Comments: