I only trader part time. This blog finally becoming reference forex for me, may even you. It also become field copy paste any met in website other people. Do not be shy do not shy can contact I to trade mind. Any even come we joint with what which good..
Listen to Quran

Saturday, April 25, 2009

trader yang BERDISIPLIN adalah kunci

  1. Rancang dahulu sebelum anda memasuki pasaran.
    - Pair mana yang anda akan buy atau sell
    - Bila anda akan masuk/keluar pasaran
    - Bila anda akan menjual kerugian
    - Dimana had maximum keuntungan anda
  2. Trend pasaran adalah teman
    Jangan sesekali melawan trend kalau anda cuma trader kecil, semasa trend pasaran naik ikutilah dengan memasang harga buy, semasa trend pasaran turun ikutilah dengan memasang harga sell. Selama anda tidak melawan trend pasti anda tidak akan rugi.
  3. Fokuskan perhatian pada modal
    Ini adalah perkara yang paling penting, jangan terlalu serakah tanpa mengingati modal dalam open posisi, gunakan 3%-5% saja dari total modal anda. Jangan sesekali menggunakan lebih dari 10% kerana anda tidak akan dapat menahan pergerakan pasaran apabila menggunakan lebih dari itu dan habis ditelan margin call sahaja.
  4. Tahu bila harus menghadkan kerugian
    Jika salah analisa jual dan biarkan itu terjadi. Jangan memegang harapan kosong agar harga akan kembali naik. Keadaan harapan kosong ini berkemungkinan besar akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar berlaku. Pastikan posisi stop loss dan bila anda harus merelakan wang anda hilang.
  5. Ambil keuntungan semasa perdagangan baik
    Sebelum memasuki pasaran pastikan seberapa besar keuntungan yang ingin anda capai, ketika target tercapai, segera close. Biarkanlah harga itu bergerak ke mana saja selepas itu, jangan rasa rugi jika harga semakin menguntungkan.
  6. Jangan trading kerana signal dari teman atau broker saja
    Trading hanya apabila anda sudah menganalisa sendiri, signal memang boleh membantu tapi jangan jadikan unsur utama!
  7. Buat catatan trading
    Ketika open posisi, buat catatan sebagai rujukan. Apabila berhasil atau gagal baca kembali. Ilmu trader anda akan jauh berkembang dari dari apa yang telah dilalui.
  8. Ketika was-was jangan masuk pasaran
    Ketika anda tidak tahu ke mana arah market, cubalah untuk berdiam diri saja dan mengamati sampai anda yakin benar. Kadang-kadang diam adalah jalan terbaik yang patut anda lakukan.
  9. Jangan melebihi kemampuan anda untuk trading
    Idealnya dalam satu waktu hanya mempunyai 3-5 posisi, tidak lebih dari itu. Terlalu banyak membuka posisi pasti akan membuat anda tidak dapat memberi perhatian dan loss control.
  10. Forex Trading ini bukanlah merupakan cara cepat untuk menjadi kaya.
    Perlu banyak waktu untuk mempelajari ilmu dibidang ini. Trader yg sukses dengan formulanya sendiri tidaklah menemukan ilmunya dalam tempuh yang singkat.
    Yang sangat diperlukan adalah : Practice+Patience+Persistent =Profit
  11. Disarankan untuk fokus kepada 1 atau 2 pasang matawang sahaja.
    Kenapa? Kalau fokus kepada semua matawang ia pasti akan merumitkan (complicated) dan sukar untuk membuat kawalan.
  12. Memerhatikan ForexNews dan analisa forex dari para Analyst.
    Mesk ipun system forex ini didasarkan pada analisa chart, kita harus juga memerhatikan berita-berita baru yang dapat mempengaruhi harga. Mengetahui apa itu pivot, support dan apa itu resistance’ serta perhatikan apakah sebarang berita mampu menggerakkan price ke arah support atau resistant.
  13. Gunakan salah satu ‘teknik’ yang betul-betul anda kuasai.
    Biasakan untuk menggunakan salah satu method (cara, kaedah) yang anda mampu kuasai untuk bermain forex. Pelajari apa itu indikator RSI. STOCH, CCI. MOVING AVERAGE dan MACD.
  14. Mula dengan Virtual Trading
    Berjinak dengan forex melalui virtual trading dahulu untuk memahami pergerakan forex!

    Melakukan trading harus berdasarkan dengan apa yang anda lihat, bukan apa yang anda fikir!
    Untung rugi adalah biasa, yang penting anda trading dengan formula dan disiplin! Wang akan datang dengan sendirinya bila anda berdisiplin.

    90% orang gagal di forex kerana tidak disiplin, 10% bangkrup!
    Money management sangat penting dalam bermain forex!

0 Comments: