I only trader part time. This blog finally becoming reference forex for me, may even you. It also become field copy paste any met in website other people. Do not be shy do not shy can contact I to trade mind. Any even come we joint with what which good..
Listen to Quran

Sunday, November 11, 2007

Minggu Pengalaman Pengajaran

Hari 6 Nov 2007 merupakan hari pertama saya melakukan trading secara live menggunakan wang sendiri. Wang deposit menggunakan kaedah TT maybank secara offline. Tapi kadar yg dikenakan untuk sebarang transaksi ialah RM27 berbanding kaedah maybank2u online hanya RM10. Manakala pihak bank US pula mengenakan cas sebanyak USD20. Jadi sediakan wang secukupnya untk bayaran perkhidmatan ini. Tolak cas semua itulah total yg masuk ke live fund marketiva.

Pada pukul 3 petang saya memulakan dengan pair GU tapi akhirnya terjebak dalam pair UCAD kerana tertarik dengan komen saudara Ching73 dalam chat. Terima kasih Ching73 kerana cadangan itu telah menyebabkan saya untung sebanyak 140% sehingga pukul 9 malam. Sungguh mudah meneka UCAD pada masa itu kerana nilai USD menurun dgn kadar yg serata tanpa sideways yg menakutkan.

Satu kesilapan yg mudah yang tidak sepatutnya dibuat pada hari kedua trading kerana tidak menggunakan SL. Kealapaan ini menyebabkan kerugian USD90 hanya dalam masa 2jam30minit. Balik-balik minum air bersama rakan tengok2 dah rugi 50pip. Kesilapan yg paling bodoh.

Sikap tamak mula menyelubungi diri tanpa disedari. Saya kadang-kadang menggunakan sehingga 90% drp modal yang ada. Ini menyebabkan margin call berlaku apabila tekaan tersilap. Ketika inilah zaman kejatuhan mula berlaku. Saya telah dpt MC sehingga 5 kali dari hari Isnin hingga Jumaat.

Hari ketiga trading yang dilakukan saya banyak untung dari rugi. Kerugian berlaku disebabkan oleh sideways. Keadaan yg menakutkan kerana nampak macam nak u-turn balik tapi sebenarnya ia ialah sideways sahaja. Walaupun rugi tak banyak tapi nilainya banyak.

Hari Jumaat merupakan hari dimana harga minyak melambung tinggi ditambah lagi dengan harga emas telah mencapai puncaknya. Semua trend menjadi u-turn secara mengejut, dan pergerakkannya sungguh cepat. Tokleh nok mikir bakpo. Jadi duk tengok sajo rugi koho naik, nok lepas takut dio side way. Rupo2 dio ubah trend. Mapus 20USD. Tamboh lagi guna teknik minachi parok sungguh rugi maso niss. Tinggal baki USD70 jas untuk minggu depan.

Minggu depe nok cari USD30 utk start balik teknik 100 step. Teknik ini sebenarnya betul, tapi ambo pulok dok langar syarat. (20pip sehari dalam tangan, "kacang jas")

Tip

  • Jangan post masa news serentak, sebab masa itu terlalu sibuk menyebabkan flatpom marketiva macam 'hang' atau jadi gila, nok post, post awal spt 1 hinga 2 menet awal. Lagi mudah kalu guno pending oder.
  • SL dan TP boleh diubah2 mengikut kesesuaian.
  • Jangan layan sideway ( dia gerepok jas) yg penting trend kita betul
  • Tengok graf 15 minit tapi graf 1jam untuk pengesahan. Break out low and high ada dua, 1. high dan low terkini. 2. high dan low harian yg sedia ada
    Sila guna pivot, resitsance dan support level harian, atau guna indi2x yg bagi signal sup & res base one Time Frame, Cth TF 15 minit dia nya jarak low dan high agak kecik, TF 1 jam, jarak dia lagi besar, terpulang
    utk mendapatkan signal awal TF15 minit, untuk confirmation TF1 jam...
  • Apabila satu-satu pergerakkan terlaju lari dari trend, dia akan balik ke sarang semula contoh : selepas news. naik 50pip dlm masa 15 saat dia u-turn balik 50pip semula. jadi kita makan dua dua. naik makan turun makan. jadi jumlah 100pip
  • nak play save...kalaarah lum jelas...elok layan buy stop dan sell stop...kalau trend dia kuat...sure dia akan langar salah satu tersebut
  • Bagi peminat UCAD, boleh monitor UCAD, AUD CAD <--- signal kekuatan CAD boleh kita bandingkan dgn au cad sini... kalau dia laju junam...ucad will follow...if hangging, ucad will hangging also. pantang ucad.. jangan short lepas kul 12.. biar je dia floting.. better jngan trade.. buat tak tahu jer
    kalau awal siang2x hari boleh sell , kalau dah malam2x cam ni...dia dah buat retracement atas bawah atas bawah...yoyo je lebih
  • Sekalo eu ngan gu akan jatuh pd sesi tokyo...masuk je sesi london eu ngan gu panjat balik mcm selalu ke atas..
    6.00 tokyo..15.00 london..21.00 NY
  • minyak naik, us lagi lemah...
  • Utung rapat jit: kne monitor.. sape yang nk max TP leh tgk point high smlm .. kalau break leh edjas atas lg.. bagi yg play safe leh letak je kt mane2 bawah smlm nye high..
  • utk TF1 jam, period : 14 adalah yg terbaik, utk TF4 jam period 20 antara yg sesuai, TF daily lagi besar period dia... <--- ini asas ( period bermaksud nilai hari )


2 Comments:

carifulus said...

Comel hok demo ghoyat tu, kawe nak tupan sekaki. Demo dok belah mna Jerteh weh?

jerteh said...

Duduk depen stesen minyok Petronas Bandar Jerteh, mari laaa... kito pakat minum sebeloh tuh