I only trader part time. This blog finally becoming reference forex for me, may even you. It also become field copy paste any met in website other people. Do not be shy do not shy can contact I to trade mind. Any even come we joint with what which good..
Listen to Quran

Monday, July 20, 2009

Teknik Forex | Elliott Wave

Hari ini saya akan menyentuh mengenai teknik forex yang selalu digunakan oleh trader profesional dan diguna pakai sejak bertahun-tahun dahulu iaitu sejak tahun 1920an yang diasaskan oleh Ralph Nelson Elliott.

Teori Elliott Wave ini mempunyai corak asas yang standard 5 - 3 Wave. 5 wave iaitu 1-2-3-4-5 di panggil sebagai impulse wave, manakala 3 wave iaitu A-B-C di panggil sebagai corrective wave.

Untuk menggunakan teknik Elliott Wave ini, terdapat beberapa syarat (rule) yang perlu di patuhi sewaktu meletakkan plot-plot atau titik-titik 12345-ABC ini. Syarat-syarat tersebut ialah :

  1. Wave 2 mestilah ‘retrace’ tidak lebih daripada 100% dan sebaik-baiknya kurang daripada 80%.
  2. Wave 3 pula mestilah lebih panjang dari Wave 1 dan Wave 5 (tidak pendek).
  3. Wave 4 mestilah tidak ‘retrace’ sehingga memasuki ruang Wave 1.
  4. Wave B mestilah ‘retrace’ kurang daripada 100% daripada Wave A.
  5. Wave C mestilah sama atau lebih panjang dari Wave A.

Saya tahu, pasti anda keliru dengan syarat-syarat (rule) yang saya nyatakan di atas. Tanpa bantuan gambarajah, sudah tentu anda tidak nampak dengan jelas. Oleh itu, saya galakkan anda melayari website ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai teknik Elliott Wave.

http://www.babypips.com/school/the_53_wave_patterns.html; dan

http://www.elliottwave.com/

Perlu saya ingatkan disini bahawa, teknik Elliott Wave ini mempunyai pelbagai paten atau corak. Namun, kesemuanya menepati syarat-syarat (rule) di atas. Ketepatan teknik Elliott Wave ini adalah sebanyak 90%-95% kerana teknik ini mengikut trend dan tidak seperti Robot EA yang adakalanya ia trade tidak mengikut trend (lawan arah) yang menyebabkan kerugian.

Saya sendiri telah belajar menggunakan teknik Elliott Wave ini. Walaupun agak leceh kerana kita perlu meletakkan plot-plot atau menentukan wave yang tepat sebelum boleh memasuki pasaran, namun cara ini lebih selamat berbanding teknik yang lain.

Memiliki sebuah ebook mengenai teknik Elliott Wave ini dalam versi Inggeris yang bertajuk “Practical Elliott Wave Trading Strategies”. Ebook ini banyak membantu memahami dengan lebih mendalam mengenai cara menggunakan Elliott Wave dan juga menghasilkan ‘profit’ serta meminimumkan kerugian.

0 Comments: