I only trader part time. This blog finally becoming reference forex for me, may even you. It also become field copy paste any met in website other people. Do not be shy do not shy can contact I to trade mind. Any even come we joint with what which good..
Listen to Quran

Sunday, June 7, 2009

STRATEGI BREAKOUT

X-EMAs Breakout Strategy ©
Oleh Hj. Azriy Bin Hj. Abdullah Saghir A.M.N.
Click to enlarge
Rajah 2-01 : Contoh Tetingkap GBPJPY, H1
4 Candles Breakout Strategy
(Strategi ini sesuai digunakan sepanjang hari dari 8.00 pagi hingga 12.00 malam.)

Perhatikan KOTAK MERAH pada TF H1 candle 00:00 hingga 03:00. Ini merupakan tempoh 4 candle permulaan dalam pasaran Forex yang bersesuaian dengan Outbreak Tokyo Open.
Tinggi kotak ini merupakan julat (market range) bagi tempoh ini. Jika market sudah rancak, tinggilah julat ini, jika tidak, rendahlah julatnya. 

Latar belakang julat ini sudah diwarnakan biru muda (kita namakan ZON BIRU) sehingga candle 19:00 (12.00 malam), iaitu waktu sesuai untuk para trader di Malaysia pergi beradu. Selepas 12 malam, tidurlah dengan hati gembira selepas seharian memorex. 

Bahagian atas ZON BIRU merupakan BUY ZONE dan bahagian bawah SELL ZONE.
Sebelah atas dan bawah ZON BIRU ada garisan biru tua ofset 1 pip bagi memudahkan setting PRICE dan STOP LOSS. Lakukan ujian beberapa kali, jika sesuai dengan ofset ini teruskan, ada juga cadangan offset 5 atau 10 pips.... uji,  uji,  uji...

Tugas anda setiap hari bermula pada 8.00 pagi hingga 12.00 malam, 5 hari seminggu.
 
1.     Perhatikan candle di dalam ZON BIRU samda sesuai dilakukan Pending Order atau tidak. Jika sesuai, teruskan dengan langkah 2. Jika tidak, ikut arahan dalam Bab 3.   
2.     Apabila candle 03:45 TF M15 selesai, iaitu pada 9.01 pagi, setkan 2 Pending Order 
        a.    Pending Order 1 – BUY STOP:
                i.      Price :            1 pip di atas ZON BIRU  (boleh juga 5 atau 10 pips)
                ii.     Stop Loss :      1 pip di bawah ZON BIRU  (boleh juga 5 atau 10 pips)
                iii.    Take Profit :   
                        Jika julat ZON BIRU kecil, letakkan TP yang besar  100 - 200 pips.
                        Jika julat ZON BIRU besar, letakkan TP yang kecil  80 - 100pips
                        Jika julat ZON BIRU terlalu besar, JANGAN LETAK Pending Order.
                        Jika nak trade tanpa tekanan, letak 20 - 30 pips saja. 
                        Setiap kali masuk, sekejap je dah close. Kadang-kadang tak sempat tengok.
        b.    Pending Order 2 – SELL STOP:
                i.      Price :            1 pip di bawah ZON BIRU  (boleh juga 5 atau 10 pips)
                ii.     Stop Loss :      1 pip di atas ZON BIRU  (boleh juga 5 atau 10 pips)
                iii.    Take Profit :    sama seperti di atas
                iv.    Semuanya cadangan je!! – sila buat ujian dan sesuaikan. 
                        Scroll balik Metatrader anda dan check !!!
                v.     Test, Test, & Test…. 
 
3.    Jika sudah masuk trade awal, tutup sebelum 1.00 ptg 
4.    Jika belum masuk trade sehingga 1.00 ptg, boleh tunggu atau batalkan semua order.

Waktu rehat 1.00 hingga 3.00 ptg

Masuk pejabat sebelum 3.00 ptg

Jika Pending Order pagi tadi masih ada, tunggu sajalah.
Jika Order pagi tadi sudah ditutup, 
1.    Klik pada Window “London GBPJPY Breakout Strategy” (jika disediakan)
2.    Perhatikan candle-candle di dalam ZON BIRU sama ada sesuai dilakukan Pending Order atau tidak. Jika sesuai, teruskan dengan langkah 3. Jika tidak, ikut arahan dalam Bab 3.   
3.    Apabila candle 09:45 TF M15 selesai, iaitu pada 3.01 ptg setkan 2 Pending Order sekali lagi seperti Langkah 1 a, b
4.    Jika sudah masuk trade, boleh tutup sebelum 6.45 ptg .
5.    Jika belum masuk trade sehingga 6.45 ptg, boleh tunggu atau batalkan semua order. 

Waktu rehat 7.00 hingga 8.00

Masuk pejabat sebelum jam 8.00 malam

Jika Pending Order petang tadi masih ada, tunggu sajalah.
Jika Order petang tadi sudah ditutup, 
1.    Klik pada Window “New York Early Bird Breakout Strategy”. (jika disediakan)
2.    Perhatikan candle-candle di dalam ZON BIRU sama ada sesuai dilakukan Pending Order atau tidak. Jika sesuai, teruskan dengan langkah 3. Jika tidak, ikut arahan dalam Bab 3.   
3.    Apabila candle 14:45 selesai, pada 8.01 atau pun kemudian, setkan 2 Pending Order sekali lagi seperti Langkah 1 a, b
4.    Masuk trade ke tak masuk ke,  untung ke tak untung ke, tutuplah sebelum 12.00 malam supaya dapat elak swap (ataupun buka akaun Islamic Forex – Swap Free Account)

TUTUP PEJABAT 12.00 malam

PERHATIAN :  
1.    Jika anda tidak selesa dengan penggunaan 3 Window GBPJPY ini, anda boleh kekal guna Window “4 Candles Breakout Strategy” sehingga malam. 

2.    Biasanya lebih tepat breakout jika dipandukan kepada 4 candle sebelum sesuatu market dibuka ATAU boleh dibuat perbandingan. 

3.    Sila lihat 3 gambarajah berikut sekali lagi yang menunjukkan perbezaan apabila kita meenggunakan 3 template berbeza untuk 8.00 pagi, 3.00 petang dan 8.00 malam.


Rajah 2-02


Rajah 2-03


Rajah 2-04

4.    Bila dah kena satu Pending Order, batalkan yang satu lagi.

5.    Selepas dapat profit, boleh masuk semula menggunakan EMAs bersilang.

6.    Bila julat ZON BIRU terlalu besar. 
        a.    Tunggu punya tunggu, atas tak kena, bawah pun tak kena, batalkan semua pending order.
        b.    Gunakan strategi X-EMAs sahaja. 

7.    Jika anda berpuashati dengan 1 trade setiap hari:
a.    Tunggu saja sehingga pending order pagi mengena dan dapat profit/loss.
b.    Tutup komputer, take day off …..  YATB -  You Are The Boss !!

8.    Anda boleh masuk menggunakan Strategy X-EMAs walaupun sudah ada pending order “Breakout Strategy” yang belum kena. 

Situasi TIDAK SESUAI Untuk Pending Order Breakout


1.    Perhatikan Rajah 2-05.
  • Anda masuk pejabat jam 3.00 ptg, baru selesai market reverse (candle merah) semasa Frankfurt Open.
  • Julat ZON BIRU melebihi 160 pips.
  • Jangan letak Pending Order.
  • Enter position menggunakan strategi X-EMAs
Rajah 2-05  Rajah 2-06
         
2.    Perhatikan pula Rajah 2-06
  • Anda masuk pejabat jam 3.00 ptg
  • Ada panah hijau pada candle ke-3, tetapi baru selesai candle merah.
  • Julat ZON BIRU menghampiri 200 pips.
  • Jangan letak Pending Order.  
  • Enter position menggunakan strategi X-EMAs

0 Comments: